Sony Mobile Malaysia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar bersaiz 6.4-inci mereka – Xperia Z Ultra, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya pada harga RM2299.
Sony Xperia Z Ultra membawakan cip pemprosesan empat-teras 2.2GHz Snapdragon 800, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang (tanpa flash), kamera hadapan 2.1 megapixel, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3050mAh. Ia turut didatangkan dengan Android 4.2 dan juga antaramuka khas Sony.
Bersama-sama dengannya, pihak Sony turut mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk Sony Smartwatch 2 dan juga Sony Bluetooth Headset ke pasaran tempatan.
Buat masa ini, Sony Xperia Z Ultra yang ditawarkan di pasaran tempatan hanyalah versi HSPA, dan dikatakan mereka dalam perbincangan untuk membawa masuk versi LTE ke pasaran tempatan.