Bersama-sama dengan pengumuman Xperia Z Ultra di Malaysia, pihak Sony Mobile Malaysia juga turut berkongsi mengenai jam tangan pintar mereka, dimana ia akan ditawarkan di pasaran tempatan bermula penghujung September 2013 kelak.
Sony Smartwatch 2 boleh dihubungkan dengan peranti Sony melalui sokongan NFC, membolehkan pengguna membuat beberapa kawalan asas seperi melihat SMS, mengawal beberapa aplikasi, disamping menggunakannya bersama-sama dengan aplikasi seperti Runtastic dan sebagainya.
Harga jualan Sony Smartwatch 2 di Malaysia masih tidak dikongsikan buat masa ini.