BlackBerry Dilaporkan Memulakan Ujian Beta Tertutup Untuk Aplikasi BBM Pada Android

Diterbitkan pada Ogos 1, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BBM AndroidBlackBerry telah sedia mengumumkan akan menawarkan aplikasi BlackBerry untuk Android dan juga iOS sebelum ini. Kini, ia dikatakan yang mana ujian beta tertutup untuk aplikasi berkenaan pada platform Android telah pun dimulakan.

Daripada gambar yang diperlihatkan di arena web hari ini, ia memperlihatkan skrin log masuk untuk BBM pada Android. Ia kelihatan membolehkan pengguna BlackBerry sedia ada log masuk menggunakan BlackBerry ID, ataupun membolehkan pengguna baru mendaftarkan akaun melaluinya.

Walaubagaimanapun, paparan skrin untuk bagaimanakah aplikasi ini akan kelihatan ketika digunakan masih tidak diketahui sepenuhnya.

Namun, salah satu petanda daripada ujian beta tertutup ini adalah dimana kita mungkin akan melihat ia hadir dalam masa terdekat ini. Ia dispekulasikan bakal hadir untuk Android dan juga iOS pada bulan September ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami