Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa klien Instagram pihak ketiga yang hadir untuk platform Windows Phone, kini sebuah aplikasi baru turut hadir untuk pengguna Windows 8 dan juga Windows RT, membolehkan pengguna komputer dan laptop menggunakannya sebagai klien Instagram.

InstaPic Windows 8

InstaPic Windows 8

Menggunakan aplikasi InstaPic, ia membolehkan pengguna mendaftarkan akaun Instagram, memuat-naik gambar, melihat gambar rakan-rakan, disamping meninggalkan komen dan sebagainya. Paparan InstaPic juga dioptimasikan sepenuhnya untuk paparan Windows 8. Pembangunnya juga menawarkan aplikasi berkenaan secara percuma, malah tidak menyertakan sebarang iklan pada aplikasi berkenaan.

Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan baik dan lancar, malah pelayaran gambar yang dimuat-naik oleh rakan-rakan juga amat menarik berbanding menggunakan versi web.

Bagi pengguna Windows 8 dan juga Windows RT yang berminat, anda boleh memuat-turun ia secara percuma daripada Windows Store hari ini.

InstaPic Windows 8

InstaPic Windows 8

InstaPic Windows 8

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd