Carian
iPad Mini 2 Dikatakan Akan Hadir Dengan Skrin “Retina” Daripada Samsung
August 2, 2013 Aman

Sejak pengenalan iPad Mini pada tahun lepas, ia telah diperkatakan iPad Mini dengan paparan Retina akan hadir pada tahun ini. Kini, WSJ melaporkan perkara tersebut, dan mengatakan pengeluaran untuk tablet berkenaan akan dilakukan pada suku ke-4 tahun ini.

Mengikut apa yang dilaporkan oleh WSJ, Apple dikatakan akan menggunakan skrin dengan paparan resolusi tinggi daripada Samsung, dan juga beberapa pengeluar lain. Pada awalnya, pesaing terdekat Apple, iaitu Samsung tidak disenaraikan sebagai penyedia komponen, tetapi disebabkan kekurangan pengeluaran, maka mereka memilih Samsung untuknya, selain beberapa pengeluar komponen lain.

Sekiranya mengikut trend sebelum ini, selain kemaskini pada bahagian skrin, mungkin kita akan turut melihat pemprosesan yang baru pada iPad Mini 2, dan mungkin membawakan binaan yang lebih nipis dan ringan. Ia turut dikatakan Apple mungkin menawarkan ia dalam beberapa pilihan warna lain, selain daripada hitam dan putih sahaja.

Komen