Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia mengenali Autodesk yang popular dalam membangunkan perisian yang digunakan dalam merekabentuk susun atur bangunan dan sebagainya. Dan dalam memudahkan pengguna hadir dengan rekaan bilik impian mereka, Autodesk turut menyediakan aplikasi Homestyler untuk iOS dan juga Android.

Untuk menggunakan Homestyler, ia menarik data daripada internet, maka ketika menggunakannya, pengguna perlu memastikan talian mereka aktif.

Sebaik sahaja memulakan Homestyler, pengguna diberikan pilihan untuk merakamkan gambar, atau memulakan dengan bilik yang kosong (template). Sekiranya anda ingin membuat rekaan untuk bilik anda yang kosong, boleh merakamkan gambar bilik anda menggunakan kamera, dan seterusnya menambah pelbagai susun atur dan warna melaluinya.

Autodesk Homestyler

Autodesk Homestyler

Autodesk Homestyler

Homestyler hadir dengan beberapa pilihan perabot, disamping turut membolehkan pengguna mengubah cat dinding dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai membuat pelbagai perubahan dan susun atur pada bilik, pengguna kemudiannya boleh menyimpan ia, atau berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dengan mudah.

Daripada percubaan kami, aplikasi ini berfungsi dengan lancar, dan dioptimasikan untuk pelbagai paparan skrin, termasuk paparan saiz skrin kecil.

Selain daripada hanya melakukan rekabentuk anda sahaja, pengguna juga turut boleh mengambil inspirasi dengan mengakses ke galeri yang disediakan pada aplikasi Homestyler ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd