Setelah hadir dengan beberapa versi pembangunan sebelum ini, hari ini pihak pembangun WordPress secara rasminya telah pun melancarkan WordPress 3.6, sekaligus berkongsi beberapa perkara baru yang dibawakan bersama-sama dengannya.
WordPress 3.6 dikenali dengan nama kod “Oscar”, menyertakan sebuah tema baru bersempena dengan tahun 2013, dinamakan “Twenty Thirteen”. Selain itu, WordPress 3.6 turut sama menyertakan sokongan audio dan video natif melalui pemain media HTML5 yang disertakan bersama-sama dengannya. Beberapa perkara baru yang turut hadir adalah termasuk sokongan Post Locking dan juga Augmented Autosave.
Dengan pelancaran WordPress 3.6, kini pembangunnya telah beralih kepada pembangunan versi akan datang, iaitu WordPress 3.7 dan juga 3.8, dan dijangka akan hadir dalam masa beberapa bulan lagi.
Bagi pengguna WordPress sedia ada, anda boleh mengemaskini pemasangan anda hari ini, sementara bagi pengguna yang ingin mencuba WordPress, boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini.