HTC Butterfly telah diumumkan sebelum ini, dan kini pihak HTC Malaysia secara rasminya berkongsi maklumat berkenaan dengan pelancaran peranti berkenaan di Malaysia. Ia dikatakan akan hadir ke pasaran tempatan pada pertengahan bulan ini, dan akan mula dijual pada harga RM2399.
HTC Butterfly S merupakan kemaskini kepada keluarga HTC, menyertakan sokongan HTC UltraPixel, BoomSound, dan juga dilengkapi HTC Sense 5, sama seperti HTC One sebelum ini. Peranti ini turut membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz Snapdragon 600, skrin bersaiz 5-inci, dan juga bateri berkapasiti 3200mAh.
Di Malaysia, ia akan didatangkan dalam pilihan warna merah, putih dan juga kelabu. Ia akan ditawarkan melalui para pengedar rasmi HTC, dan tidak diketahui lagi sama ada akan ditawarkan melalui syariakt telekomunikasi ataupun tidak.
- Info
- Baca : Pandang Pertama HTC Butterfly S