Harga Jualan Nokia Lumia 925 Dikemaskini Kepada RM1599

Diterbitkan pada Ogos 2, 2013 oleh .

Nokia Lumia 925 telah pun dijual di pasaran tempatan bermula bulan ini, dan menariknya, berbanding harga yang diumumkan oleh Nokia Malaysia sebelum ini, kini peranti berkenaan dijual pada harga lebih rendah, iaitu pada RM1599.

Nokia Lumia 925

Sebelum ini, Nokia Malaysia mengumumkan peranti tersebut untuk pasaran tempatan dengan harga RM1799. Ia tidak diketahui mengapakah perubahan harga ini berlaku, dan pertanyaan kami kepada pihak Nokia tidak mendapat sebarang maklumbalas.

Nokia Lumia 925 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 1.5GHz dwi-teras, kamera belakang 8.7-megapixel PureView, kamera hadapan 1.2-megapixel dan memori sebanyak 1GB RAM.

Ia dilengkapi dengan WIndows Phone 8, dan menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk Nokia Smart Cam.

Berbanding dengan Lumia 920, kini ia dijual pada perbezaan harga sekitar RM50, dimana harga jualan saranan Lumia 920 pada hari ini adalah RM1549.

Baca : Pandang Pertama Nokia Lumia 925

Kemaskini (6.45 petang) : Kami telah menerima kenyataan daripada pihak Nokia Malaysia, dimana menurut mereka, perubahan harga yang dilakukan adalah untuk kesemua peranti Lumia mereka, bersempena dengan musim perayaan ini. Lumia 520 kini membawakan harga jualan saranan sebanyak RM529, dan Lumia 720 pula membawakan harga saranan RM899.

TIPS & ULASAN