Selepas gambar kerangka belakang yang tertiris sebelum ini, kini sekali lagi, gambar penuh untuk telefon pintar BlackBerry 10 dengan rekabentuk eksklusif dibawah penjenamaan “Porsche Design” kelihatan di arena web.
Daripada apa yang dikatakan, ia menggunakan kerangka belakang berasaskan kulit, serta bahagian aluminium disekitar skrin. Pada bahagian bawah peranti, ia membawakan rekaan yang agak berbeza dan menarik berbanding peranti Z10 daripada Blackberry.
Menurut apa yang dikatakan, peranti dengan rekabentuk “Porsche Design” ini dijangka akan hadir sekitar pertengahan tahun hadapan, maka mungkin beberapa perubahan akan dilakukan pada versi akhir kelak.