Yahoo! meneruskan penambahan portfolio dibawah mereka, dimana hari ini mereka mengumumkan pengambil-alihan Rockmelt yang sebelum ini hadir dengan aplikasi pembacaan pelbagai kandungan web untuk iOS dan juga Android.
Rockmelt sebelum ini hadir sebagai pelayar web sosial, sebelum mengubah fokus mereka kepada aplikasi pembacaan kandungan seumpama Flipboard.
Harga pengambil-alihan tidak dikongsikan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.
Menurut pihak Rockmelt, mereka akan menamatkan produk mereka pada penghujung bulan ini, dan pengguna sedia ada boleh memuat-turun kandungan dan tetapan mereka dalam bentuk fail OPML.