MyRepublic – ISP Dari Singapura Bercadang Untuk Memperluaskan Perkhidmatan ke Malaysia

MyRepublic – ISP Dari Singapura Bercadang Untuk Memperluaskan Perkhidmatan ke Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 3, 2013 oleh .

Salah satu penyedia perkhidmatan internet di Singapura, iaitu MyRepublic kini dilaporkan dalam perancangan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa buah negara, dan salah satunya dikatakan adalah ke Malaysia.

MyRepublic telah dilancarkan pada Februari 2012, dan kini bersaing dengan beberapa syarikat gergasi di Singapura seperti SingTel, StarHub dan juga M1. Di Singapura, MyRepublic memegang pasaran jalur-lebar fiber dibawah 4%, tetapi dijangka akan menggandakannya dalam beberapa tahun.

Bercakap mengenai perluasan perkhidmatan ke luar negara, selain Malaysia, MyRepublic turut bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan ke Australia dan juga New Zealand. Mereka bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan mereka ke luar negara ini dalam tempoh dua tahun akan datang, dan kini dalam proses mengumpulkan dana untuk tujuan tersebut.

Di Singapura, MyRepublic menawarkan beberapa pakej dan pelan internet, dimana antaranya adalah pilihan pakej fiber PURE dengan kadar muat-turun 100Mbps pada harga S$59.


TIPS & ULASAN