Peranti Utama BlackBerry 10 Seterusnya Akan Dikenali Sebagai Z30?

Peranti Utama BlackBerry 10 Seterusnya Akan Dikenali Sebagai Z30?

Diterbitkan pada Ogos 3, 2013 oleh .

BlackBerry A10Pelbagai desas-desus mengenai peranti A10 telah kedengaran sejak awal tahun ini. Terkini, ia dikatakan A10 sekadar nama kod sahaja, dan mungkin versi akhir untuk pengguna kelak, ia akan dikenali dengan nama BlackBerry Z30.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia akan terus kekal menggunakan nama keluarga “Z”, disamping memudahkan pengguna mengenalinya sebagai kemaskini kepada Z10 sebelum ini.

Namun, seperti biasa ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa minggu atau bulan lagi.


TIPS & ULASAN