Instagraph Hadir Untuk Pengguna Peranti Nokia Asha

Instagraph Hadir Untuk Pengguna Peranti Nokia Asha

Diterbitkan pada Ogos 3, 2013 oleh .

InstagraphInstagraph sedia diperkenalkan sebelum ini sebagai klien Instagram untuk Windows Phone, dan kini nampaknya pembangun aplikasi berkenaan turut menawarkan aplikasi berkenaan kepada pengguna Nokia Asha.

Menggunakan Instagraph, pengguna boleh membuka akaun Instagram, dan juga memuat-naik gambar ke Instagram melaluinya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, sokongan melihat gambar rakan-rakan, ataupun keupayaan meninggalkan komen masih tidak disertakan bersama-sama dengannya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Instagraph untuk Asha terus daripada Nokia Store pada harga RM6 hari ini.

Muat-Turun Instagraph untuk Asha


TIPS & ULASAN