HTC Butterfly S Mula Ditawarkan Di Malaysia Bermula Esok

HTC Butterfly S Mula Ditawarkan Di Malaysia Bermula Esok

Diterbitkan pada Ogos 3, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman pihak HTC Malaysia sebelum ini, kini mereka mengemaskini halaman Facebook mereka, mengatakan HTC Butterfly S akan mula ditawarkan di pasaran tempatan bermula esok.

HTC Buttefly S Malaysia

HTC Butterfly S membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz, dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, memori 2GB RAM, serta dilengkapi dengan kamera HTC Ultrapixel.

HTC Butterfly S juga turut membawakan pelbagai kelebihan HTC One, termasuk sokongan BoomSound dan juga HTC Sense 5.

Di Malaysia, HTC Butterfly S ditawarkan pada harga RM2399 dan turut menyokong rangkaian LTE tempatan.

Baca : Pandang Pertama HTC Butterfly S


TIPS & ULASAN