Carian
USB 3.1 Akan Membawakan Kelajuan Pemindahan Sehingga 10Gbps
August 4, 2013 Aman

Akhirnya, spesifikasi USB 3.1 telah pun selesai dibangunkan, dimana melaluinya, ia akan membawakan kelajuan pemindahan data sehingga 10Gbps, iaitu dua kali lebih pantas berbanding dengan apa yang ditawarkan melalui USB 3.0 hari ini.

Ia dikatakan USB 3.1 akan menggunakan encoding data yang lebih efisyen, sekaligus membawakan kepantasan untuk pemindahan data yang lebih baik berbanding sedia ada.

Seperti biasa, USB 3.1 akan membawakan sokongan untuk kabel dan peranti dengan sambungan USB 3.0 dan juga USB 2.0. Namun, untuk menggunakan kelajuan penuhnya, pengguna perlulah menggunakan kabel dan sambungan dengan USB 3.1.

Produk dengan sambungan USB 3.1 dijangka akan hadir sekitar tahun hadapan, dan dijangka akan digunakan dengan meluas menjelang tahun 2015.

Sebagai perbandingan, Thunderbolt daripada Intel masih menawarkan kelajuan pemindahan data yang tinggi. Namun, dari segi penggunaan, USB masih digunakan dengan meluas, malah pengeluar komputer riba juga menyatakan sokongan untuknya berbanding untuk Thunderbolt.

Komen