Cari @ Amanz

Sebelum ini, kita sedia dengar yang mana pihak MediaTek sedang membangunkan cip dengan sokongan tiga-SIM. Kini, menariknya kelihatan yang mana pihak GooPhone sedia hadir dengan sebuah peranti yang menyertakan sokongan tiga-SIM bersama-sama dengannya.

GooPhone Tri-SIM

Bagi yang tidak mengenali akan GooPhone, ia merupakan salah satu pengeluar di China yang sering hadir dengan beberapa peranti klon untuk beberapa jenama terkemuka.

Dari segi spesifikasi, peranti yang dinamakan sebagai GooPhone X1+ ini membawakan skrin 5-inci, dilengkapi cip MediaTek MT6572 1.2GHz, memori 1GB RAM, dan dilengkapi Android 4.1 Jelly Bean.

GooPhone Tri-SIM

Daripada gambar yang hadir ke arena internet, peranti berkenaan kelihatan membawakan sokongan tiga-SIM, disamping pada masa yang sama turut menyertakan ruangan kad-SD pada bahagian belakang.

Pada hari ini, peranti dengan sokongan dwi-SIM sedia popular dikalangan sesetengah pengguna. Adakah kelak kita akan melihat perkara sama dengan peranti tiga-SIM seperti ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd