Cari @ Amanz

Pada 6 Ogos 2012 yang lepas, pihak NASA telah pun menghantar robot Curiosity mereka ke planet Marikh, dan kini setelah lebih kurang setahun, pihak NASA hadir dengan sebuah video khas memperlihatkan aktivitinya di sana sepanjang setahun.

Melalui video ringkas tersebut, ia memperlihatkan beberapa aktiviti Curiosity, termasuk mengumpulkan beberapa sampel, mengorek tanah dan juga berjalan mengelilingi tanah Marikh.

Curiosity dihantar ke planet Marikh dalam mengetahui akan sokongan kehidupan di sana, termasuk melihat kehadiran air, cuaca, dan juga geologi di Marikh.

Mungkin kini dengan tahun kedua Curiosity di Marikh, ia akan hadir dengan lebih banyak maklumat berkenaan planet tersebut berbanding sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd