Tawaran Pakej Komunikasi Belia Daripada SKMM Ditamatkan Secara Rasminya

Tawaran Pakej Komunikasi Belia Daripada SKMM Ditamatkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada Ogos 5, 2013 oleh .

Bermula tahun 2013, pihak SKMM telah memulakan pendaftaran untuk Pakej Komunikasi Belia, yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar. Kini, selepas lapan bulan, tawaran tersebut ditamatkan secara rasminya.

Daripada apa yang diketahui, untuk Pakej Komunikasi Belia, SKMM telah menerima 1.5 juta permohonan – sasaran yang ditetapkan oleh mereka.

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar 3G melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

SKMM melalui notis yang dipaparkan melalui laman rasmi mereka, mengatakan mereka yang telah sedia mendaftar untuk Pakej Komunikasi Belia mempunyai masa sehingga 3 bulan untuk menebus rebat tersebut, sebelum ia tamat tempoh sah lakunya.


TIPS & ULASAN