Cari @ Amanz

Sejak Google Reader ditamatkan perkhidmatan mereka sebulan yang lepas, salah satu nama yang meningkat naik adalah Feedly. Kini, selain menyediakan perkhidmatan percuma, mereka juga hadir dengan pilihan berbayar kepada mereka yang berminat.

Feedly Pro

Melalui perkhidmatan berbayar, pengguna diberikan lebih fungsi, termasuk dari segi sekuriti. Pengguna ditawarkan dengan sokongan HTTPS, selain mana mereka juga boleh membuat carian pada feed, ditawarkan dengan integrasi Evernote dan beberapa yang lain.

Untuk Feedly Pro, mereka mengenakan caj sebanyak $5 sebulan, selain turut didatangkan dengan pilihan $45 untuk setahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd