Cari @ Amanz

TGV Cinemas sedia menawarkan kemudahan untuk membuat tempahan tiket melalui web. Namun, kini dengan lebih ramai menggunakan peranti mudah-alih, mereka juga akan hadir dengan apikasi mudah-alih tidak lama lagi.

Daripada apa yang dikongsikan pihak TGV, aplikasi berkenaan dijangka akan hadir pada pertengahan bulan Ogos ini, akan memudahkan pengguna membuat tempahan dan sebagainya dengan mudah.

Selain daripada aplikasi mudah-alih, pihak TGV juga dijangka akan memberikan nafas baru untuk laman web mereka, selain pada masa yang sama menaik-taraf sistem web mereka.

Buat masa ini, bagi pengguna yang ingin melakukan tempahan tiket melalui peranti mudah-alih, mereka boleh menggunakan Maxis Movies untuk tempahan tiket di pawagam TGV.

Sebuah aplikasi dinamakan TGV Mobile juga kini terdapat di Google Play Store, tetapi ia bukanlah aplikasi rasmi daripada pihak TGV.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd