Carian
Samsung Menjadualkan “Unpacked” Pada 4 September – Galaxy Note 3 Akan Datang?
August 5, 2013 Aman

Samsung Unpacked Episode 2Samsung Galaxy Note 3 adalah salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, dan kini Samsung telah pun menjadualkan sebuah acara baru, dinamakan “Samsung Unpacked Episode 2” pada 4 September 2013 kelak.

Ia akan diadakan bersempena dengan IFA 2013, yang mana mengikut tradisi sebelum-sebelum ini, memperlihatkan peranti baru keluarga Galaxy Note diumumkan. Selain daripada Galaxy Note, pihak Samsung juga dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada tarikh yang sama.

Seperti biasa, pihak Samsung juga dijangka akan menayangkan ia secara langsung melalui saluran YouTube mereka, membolehkan lebih ramai pangguna seluruh dunia mengikuti acara berkenaan.

Komen