Cari @ Amanz

Acer boleh dikatakan mempunyai beberapa telefon pintar yang agak menarik di pasaran. Terkini, selain beberapa peranti mereka, Acer turut hadir dengan Acer Liquid Z3 yang mana menjadi telefon pintar dengan spesifikasi asas daripada mereka.

Acer Liquid Z3

Acer Liquid Z3 membawakan cip pemprosesan dwi-teras, skrin sentuh 3.5-inci, kamera belakang 3-megapixel dan dilengkapi dengan ruangan storan 4GB bersama-sama dengannya. Ia menjalankan Android 4.2 Jelly Bean, dan tidak membawakan perubahan ketara pada bahagian antaramuka.

Acer Liquid Z3

Namun, pihak Acer masih menyertakan beberapa sokongan terbina, termasuk beberapa profil terbina, membolehkan pengguna memilih daripada empat pilihan, iaitu Basic Mode (untuk panggilan dan SMS), Senior Mode (untuk radio, kanta pembesar, jam dan juga akses panggilan pantas), Classic Mode (untuk semua fungsi dalam paparan ringkas), dan juga Keypad Mode (untuk mereka yang sentiasa mengakses panggilan suara).

Buat masa ini, peranti ini baru sahaja diumumkan untuk pasaran Eropah, dan tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd