Cari @ Amanz

Spotify hari ini telah mengemaskini aplikasi mereka untuk pengguna Android, dimana melaluinya mereka menambah sokongan Bahasa Malaysia. Perkara ini adalah lanjutan daripada pengenalan perkhidmatan Spotify beberapa bulan sebelum ini, membolehkan pengguna menikmati lagu melaluinya secara percuma pada desktop, dan secara berbayar pada peranti mudah-alih.

Spotify membolehkan para pengguna menikmati lagu secara percuma pada desktop dan juga web, sementara hadir dengan versi berbayar pada kadar RM14.90 sebulan untuk menikmati muzik tanpa had pada peranti mudah-alih. Selain penambahan sokongan bahasa Malaysia, Spotify untuk Android juga kini lebih dioptimasikan untuk penggunaan bateri, disamping membawakan sokongan untuk Android 4.3.

Walaubagaimanapun, daripada percubaan kami, kami tidak menemui sebarang butang untuk perubahan bahasa, berkemungkinan perlu melakukannya melalui perisian desktop Spotify, dan ia akan mengikuti tetapan untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd