Kini Anda Boleh Gunakan Lockscreen Seumpama Ubuntu Touch Pada Android

Kini Anda Boleh Gunakan Lockscreen Seumpama Ubuntu Touch Pada Android

Diterbitkan pada Ogos 6, 2013 oleh .

Ketika pengenalan Ubuntu Touch, salah satu perkara yang mendapat perhatian ramai adalah lockscreen yang didatangkan bersama-sama dengannya dan memaparkan notifikasi dalam kaedah menarik. Kini, pengguna Android turut sama boleh mendapatkan fungsi seumpamanya melalui sebuah aplikasi ringkas yang dibangunkan pembangun bebas.

Melalui Ubuntu Lockscreen untuk Android, pengguna boleh memasangnya dengan mudah, dan seterusnya mengaktifkannya dan menggunakannya sebagai paparan skrin kunci utama. Daripada penggunaan kami, ia memaparkan senarai panggilan yang terlepas tidak dijawab, SMS, selain mana pada masa yang sama turut memaparkan pemain muzik untuk pengguna mengawal lagu dan sebagainya.

Pembangunnya turut sama menyertakan beberapa tetapan untuk mengubahnya mengikut citarasa pengguna. Aplikasi ini boleh dikatakan masih pada peringkat pembangunan, dan pembangunnya sedang mengumpulkan pelbagai maklumbalas daripada para pengguna Android seluruh dunia.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun fail APK untuk aplikasi ini secara percuma daripada XDA Developers hari ini.

Muat-Turun Ubuntu Lockscreen untuk Android


TIPS & ULASAN