Aplikasi LinkedIn Hadir Untuk Pengguna Peranti Nokia Asha – Menyokong Bahasa Malaysia

Aplikasi LinkedIn Hadir Untuk Pengguna Peranti Nokia Asha – Menyokong Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 6, 2013 oleh .

Satu demi satu aplikasi menarik kini hadir untuk platform Asha. Hari ini, penyedia perkhidmatan laman sosial profesional, LinkedIn telah pun melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna peranti Asha, sekaligus memudahkan mereka mengikuti pelbagai kemaskini dengan lebih mudah.

Asha - LinkedIN

Seperti biasa, pengguna boleh mengemaskini stream mereka, menguruskan Inbox, membuat carian rakan-rakan dan sebagainya menggunakan aplikasi berkenaan. Menariknya adalah dimana aplikasi ini turut ditawarkan dalam pilihan Bahasa Malaysia.

Pengguna Nokia Asha 501, 305, 306, 308, 309, 310 dan juga 311 boleh memuat-turun ia secara percuma daripada Nokia Store hari ini dan menggunakannya dalam menguruskan profil LinkedIn anda hari ini.

Muat-TUrun LinkedIn Untuk Nokia Asha


TIPS & ULASAN