Lagi Video Trailer Baru Untuk Filem “jOBS” Diterbitkan

Lagi Video Trailer Baru Untuk Filem “jOBS” Diterbitkan

Diterbitkan pada Ogos 7, 2013 oleh .

Selepas filem Social Network yang hadir sebelum ini, untuk tahun ini, filem jOBS boleh dikatakan menjadi salah satu filem yang dinantikan ramai peminat teknologi seluruh dunia. Selepas beberapa video sebelum ini, kini sebuah lagi video trailer baru untuk filem berkenaan diterbitkan.

Seperti biasa, kebanyakkan babak yang diperlihatkan telah pun dipertontonkan sebelum ini, disamping membawakan beberapa babak baru bersama-sama trailer terbaru ini. Filem ini dijangka akan ditayangkan di Malaysia sekitar bulan September kelak.

Selain filem jOBS yang memfokuskan kepada kisah hidup Steve Jobs dan juga syarikat beliau – Apple, satu lagi filem baru yang dinantikan pada tahun ini adalah filem berkaitan Wikileaks yang dijangka akan hadir dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN