Cari @ Amanz

Mozilla hari ini secara rasminya telah pun melancarkan pelayar web versi terkini mereka, iaitu Firefox 23, dimana bersama-sama dengannya, pihak Mozilla menyertakan sokongan butang perkongsian terbina, memudahkan untuk pengguna berkongsi sesuatu pautan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, sokongan perkongsian ini boleh digunakan bersama-sama dengan Facebook Messenger unutk Firefox, selain mana turut mengatakan lebih banyak perkhidmatan akan hadir dengan menggunakan API sosial daripada Firefox berkenaan.

Firefox 23 Share

Selain daripada sokongan perkongsian yang lebih mudah, Firefox 23 juga turut membawakan sokongan sekuriti yang lebih baik berbanding sebelumnya, terutamanya ketika melayari laman-laman HTTPS yang memaparkan kandungan daripada pelayan HTTP biasa. Firefox 23 juga menggunakan logo Firefox yang diberikan nafas baru – seperti pernah diperlihatkan sebelum ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 23 untuk desktop anda hari ini, dan menggunakannya dalam melayari web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd