Apple Memperkenalkan iOS 7 Beta 5 Kepada Para Pembangun

Apple Memperkenalkan iOS 7 Beta 5 Kepada Para Pembangun

Diterbitkan pada Ogos 7, 2013 oleh .

Selepas lebih seminggu beta 4 diperkenalkan, hari ini Apple telah mula menawarkan iOS 7 Beta 5 kepada para pembangun, membolehkan mereka mengemaskininya, dan menggunakan beberapa perkara baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

Melalui Beta 5 ini, ia dikatakan membawakan kemaskini kepada bahagian ikon pada halaman tetapan, selain lebih memfokuskan kepada mengatasi beberapa masalah pepijat yang telah dikenal-pasti pada perisian percubaan berkenaan sebelum-sebelum ini.

Dengan pengenalan beta 5 ini, ia memperlihatkan Apple selangkah lagi menghampiri untuk pelancaran versi akhir iOS 7. Mengikut beberapa spekulasi sebelum ini, iOS 7 dikatakan akan hadir sekitar penghujung September kelak untuk para pengguna peranti iOS sedia ada.


TIPS & ULASAN