Cari @ Amanz

WhatsApp VoiceSalah satu perkara yang menarik ramai pengguna menggunakan aplikasi WeChat dan beberapa yang lain adalah sokongan push-to-talk yang disertakan bersama-sama dengannya. Kini, WhatsApp turut tidak ketinggalan dalam menambah sokongan tersebut.

Sokongan ini boleh dikatakan sebagai kemaskini kepada sokongan penghantaran mesej suara sebelum ini. Melalui fungsi baru ini, ia membolehkan pengguna untuk menekan butang mikrofon, dan menghantar mesej suara dengan lebih pantas, sekaligus memudahkan pengguna menghantar mesej suara mereka dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka.

Fungsi baru ini didatangkan bersama-sama kemaskini aplikasi mereka untuk pengguna iPhone, BlackBerry, Android dan juga Windows Phone yang diperkenalkan bermula hari ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan fungsi baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd