Yahoo! dibawah Marissa Mayer boleh dikatakan bergerak aktif kembali, dimana selain beberapa pengambil-alihan yang dilakukan baru-baru ini, ia kelihatan Yahoo! turut sama akan memperkenalkan identiti syarikat yang baru.
Daripada apa yang diumumkan oleh Yahoo! melalui halaman Tumblr mereka, Yahoo! akan hadir dengan sebuah rekabentuk baru selama 30 hari seterusnya, dan memperkenalkan rekabentuk logo yang baru secara rasminya pada bulan hadapan.
Beberapa perkara, seperti warna ungu dan juga tanda seru dikatakan akan dikekalkan oleh Yahoo! pada logo baru mereka.
Jadi, sama-sama kita nantikan bagaimanakah rekabentuk logo baru mereka yang akan diumumkan pada 5 September kelak.