Gambar Imej Akhir LG G2 Tertiris Ke Web

Gambar Imej Akhir LG G2 Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Ogos 7, 2013 oleh .

LG bakal mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, LG G2 pada malam ini, dan seperti biasa, kini gambar imej akhir untuk peranti berkenaan telah pun tertiris ke arena web.

LG G2

Melalui imej akhir ini, ia membolehkan pengguna mengetahui bagaimanakah peranti berkenaan akan kelihatan kelak.

Daripada apa yang diperlihatkan, LG G2 kelihatan menawarkan peranti dengan kerangka bahagian tepi yang amat nipis, disamping turut membawakan butang kawalan pada bahagian belakang peranti.

LG G2 juga dikatakan akan menyertakan bersama-sama sokongan nano-SIM.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak LG untuk peranti terbaru mereka, LG G2.

LG G2


TIPS & ULASAN