Cari @ Amanz

Selain daripada penawaran HTC One dalam warna putih dan juga hitam, kini beberapa pengedar tempatan telah mula menjual HTC One berwarna merah, sekaligus membolehkan mereka yang berminat dengannya mendapatkan ia di Malaysia.

HTC One Merah

Peranti ini masih mengekalkan spesifikasi yang serupa, termasuk membawakan pelbagai ciri-ciri menarik seperti HTC UltraPixel, HTC Zoe, Blinkfeed dan sebagainya.

Selain HTC One berwarna merah ini, baru-baru ini juga pihak HTC Malaysia telah mula menawarkan HTC Butterfly S di Malaysia, yang membawakan rekaan menyerupai versi generasi pertama, tetapi menyertakan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd