Facebook sebelum ini telah mengintegrasikan beberapa fungsi seumpama Twitter pada perkhidmatan mereka, dan kini dilaporkan pihak Facebook akan mula bereksperimen dengan sokongan “Trending Topics”.
Sebagai permulaan, pihak Facebook memulakannya dengan mengujinya pada Facebook versi mudah-alih di peranti pintar, dan terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.
Seperti biasa, melalui “Trending Topics”, ia akan membolehkan para pengguna mengetahui sesuatu topik hangat yang dibincangkan pengguna pada sesuatu hari.
Perkara ini hadir dengan lanjutan pengenalan sokongan hashtag oleh Facebook sebelum ini, dan kini ia menarik lebih ramai pengguna untuk berkongsi gambar dan status dengan label “Awam” melaluinya.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan fungsi baru yang sedang diuji Facebook ini?