Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman pihak Google sebelum ini, hari ini mereka memperkenalkan fungsi tersebut kepada para pengguna, membolehkan mereka mengawal telefon terus melalui web.

Melalui halaman Pengurus Peranti Android, ia membolehkan pengguna mengeluarkan bunyi yang kuat pada peranti mereka, disamping memadam data yang terdapat pada peranti berkenaan – semuanya melalui web.

Android Device Manager

Daripada ujian kami, ia memaparkan lokasi peranti yang amat tepat, sesuatu yang amat berguna sekiranya pengguna tertinggal peranti mereka dan sebagainya. Fungsi memadam data juga amat berguna sekiranya peranti pengguna terhilang ataupun dicuri.

Melalui apa yang kami lihat, tiada sebarang kemaskini yang perlu dipasang khas yang perlu dipasang pada peranti Android anda, dan boleh mencubanya sendiri hari ini melalui halaman Pengurus Peranti Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd