Connectify Lite 6.0 Hadir Dengan Kemaskini Pada Antaramuka

Connectify Lite 6.0 Hadir Dengan Kemaskini Pada Antaramuka

Diterbitkan pada Ogos 8, 2013 oleh .

Bagi mereka yang sentiasa berkongsi rangkaian internet mereka melalui router maya, mungkin anda sedia mengenali akan Connectify. Terkini, pembangunnya telah pun mengeluarkan versi terbaru dengan beberapa perkara baru.

Connectify Lite 6.0

Bagi mereka yang tidak mengenali akan Connectify, ia membolehkan pengguna membuat rangkaian WiFi mereka tersendiri, dan berkongsi rangkaian WiFi atau Ethernet yang sedia digunakan oleh mereka.

Connectify Lite 6.0

Connectify Lite 6.0 membawakan antaramuka baru, serta menyertakan sebuah bar menu yang dikemaskini. Pada masa yang sama, ia turut menyertakan sokongan untuk membina kata laluan secara automatik, sekaligus menjadikan hotspot yang akan dibuat lebih selamat.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Connectify Lite 6.0 secara percuma hari ini, ataupun mendapatkan versi Pro dengan beberapa ciri-ciri tambahan daripada laman rasmi Connectify.

Muat-Turun Connectify Lite 6.0


TIPS & ULASAN