Instagram 4.1 Hadir Dengan Sokongan Untuk Mengimport Video Dari Galeri

Instagram 4.1 Hadir Dengan Sokongan Untuk Mengimport Video Dari Galeri

Diterbitkan pada Ogos 8, 2013 oleh .

Ketika pengenalan sokongan Instagram Video, salah satu fungsi yang tiada adalah memilih video yang telah sedia dirakamkan dan terdapat pada peranti. Kini, setelah beberapa minggu, pihak Instagram kelihatan menambah sokongan untuknya.

Melalui Instagram 4.1, kini pengguna boleh memilih sebarang video daripada galeri pada peranti mereka, dan seterusnya mengimport ia ke Instagram. Pengguna juga akan diberikan pilihan untuk trim, serta menambah filter seperti biasa.

Selain sokongan tersebut, kini Instagram Video juga diperluaskan kepada semua pengguna Android 4.0 dan ke atas, selain mana mereka turut menyertakan fungsi Automatic Straightening untuk pengguna iOS.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Instagram 4.1 hari ini, dan menggunakannya dalam memuat-naik video mahupun gambar kegemaran anda.

Muat-Turun Instagram untuk iOS

Muat-Turun Instagram untuk Android


TIPS & ULASAN