Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, ia telah sedia dikatakan yang mana pengasas YouTube, melalui syarikat baru mereka – AVOS akan hadir dengan sebuah aplikasi memfokuskan video yang serba baru. Kini, hari ini mereka memperkenalkannya untuk pengguna iOS terlebih dahulu dengan nama sebagai Mixbit.

Mixbit secara kasarnya kelihatan seperti aplikasi Vine dan juga Instagram, membolehkan pengguna untuk merakamkan video melalui aplikasi berkenaan. Mixbit menawarkan pengguna untuk merakamkan video selama 16 saat melaluinya.

Mixbit

Mixbit juga kelihatan menyertakan beberapa sokongan penyuntingan tambahan, membolehkan pengguna untuk menjadikan video yang dirakamkan mereka lebih menarik berbanding yang lain. Menariknya pada Mixbit adalah dimana pengguna turut boleh menggunakan video yang dikongsikan yang lain untuk hadir dengan sesuatu karya yang serba baru.

Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Mixbit hari ini, dan mencubanya sendiri. Pihak pembangunnya turut mengatakan akan hadir dengan aplikasi Android tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd