Microsoft Hadir Dengan Video Nyah-Kotak Untuk Xbox One

Microsoft Hadir Dengan Video Nyah-Kotak Untuk Xbox One

Diterbitkan pada Ogos 8, 2013 oleh .

Tahun ini, dua-dua konsol popular iaitu Xbox dan juga PlayStation akan didatangkan dengan versi baru. Microsoft sendiri, selain berkongsi beberapa maklumat berkenaan dengan Xbox One sebelum ini, hari ini mereka menerbitkan sebuah video nyah-kotak khas untuk Xbox One.

Melaluinya, Microsoft memperlihatkan apakah yang akan pengguna dapat dengan pembelian konsol terbaru kelak.

Daripada apa yang diperlihatkan, melalui edisi khas “Xbox One Day One”, pengguna akan mendapat sebuah konsol Xbox One, Kinect, dan menariknya sebuah headset dinamakan sebagai Xbox One Chat Headset.

Menurut Microsoft, untuk edisi biasa, Microsoft akan menyertakan sebuah mono headset biasa bersama-sama dengannya.

Selain headset, Microsoft juga kelihatan akan menyertakan sebuah kabel HDMI khas dengan sokongan 4K melaluinya.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia masih tidak diketahui bilakah Microsoft akan menawarkan Xbox One secara rasmi di Malaysia. Mengikut laporan sebelum ini, ia dikatakan konsol ini hanya akan hadir ke pasaran Asia sekitar penghujung 2014 kelak sahaja.


TIPS & ULASAN