Cari @ Amanz

Apple iBooks - OS X

Pada WWDC 2013 yang lepas, pihak Apple telah pun mengumumkan yang mana mereka akan membawakan sokongan aplikasi iBooks kepada para pengguna Mac OS X. Kini, melalui versi pembangunan terbaru – OS X Mavericks Developer Preview 5, kelihatan aplikasi berkenaan disertakan.

iBooks untuk Mac membawakan fungsi yang lebih kurang sama dengan iOS, dimana ketika memulakannya, kandungan iBooks anda di sync mengikut Apple ID masing-masing. Melaluinya, pengguna boleh membaca, mengikuti koleksi mereka, dan menguruskan buku digital dengan lebih baik lagi.

iBooks untuk Mac dijangka akan diperkenalkan kepada semua melalui Mac OS X Mavericks yang akan ditawarkan dalam bentuk kemaskini kepada semua tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd