Kemaskini HTC Sense 5 Dilaporkan Mula Hadir Untuk Pengguna HTC One X+ Di Asia

Kemaskini HTC Sense 5 Dilaporkan Mula Hadir Untuk Pengguna HTC One X+ Di Asia

Diterbitkan pada Ogos 9, 2013 oleh .

HTC One X+ UpdateBagi pengguna HTC One X+, semestinya salah satu perkara yang dinantikan mereka adalah kemaskini Android 4.2.2 bersama-sama dengan HTC Sense 5. Kini, daripada apa yang diketahui, kemaskini tersebut telah pun mula diperkenalkan untuk pengguna di sekitar Asia.

Melalui kemaskini yang membawakan fail bersaiz sekitar 490MB ini, ia menyertakan Android 4.2.2 bersama-sama HTC Sense 5, sekaligus menyertakan sokongan HTC Blinkfeed melaluinya. Sokongan lain yang turut disertakan adalah termasuk Video Highlights, sokongan widget pada lockscreen, dan beberapa fungsi baru yang lain.

Ia dikatakan kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan bagi pengguna HTC One X+, anda boleh menyemaknya melalui halaman tetapan pada peranti anda, ataupun menyemaknya dengan menghubungkan kepada perisian desktop HTC.


TIPS & ULASAN