Cari @ Amanz

Amazon sedia menawarkan aplikasi Amazon AppStore mereka di beberapa buah negara, dan kini mengikut desas-desus terbaru, Amazon dikatakan akan hadir dengan konsol berasaskan Android menjelang penghujung tahun ini.

Konsol tersebut dikatakan akan menyertakan sebuah alat kawalan yang dikhaskan, disamping menawarkan pelbagai kandungan daripada Amazon terus melaluinya.

Untuk makluman, Amazon sedia menawarkan beberapa peranti berasaskan Android, termasuk tablet mereka – Kindle Fire.

Seperti biasa pihak Amazon tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd