Sony Dikatakan Akan Hadir Dengan “Honami” Pada 4 September

Sony Dikatakan Akan Hadir Dengan “Honami” Pada 4 September

Diterbitkan pada Ogos 9, 2013 oleh .

Telefon pintar Sony “Honami” boleh dikatakan bukan lagi suatu rahsia, dimana beberapa gambar telah tertiris sebelum ini memperlihatkan ia menyertakan kamera 20-megapixel bersama-sama dengannya.

Sony Honami

Kini, mengikut sebuah gambar terbaru yang tertiris, ia kelihatan pihak Sony Mobile akan memperkenalkan telefon pintar terbaru Android mereka itu pada IFA yang akan dimulakan pada 4 September kelak.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, telefon pintar Sony Honami ini bakal dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800, menyertakan skrin bersaiz 5-inci, dan didatangkan bersama-sama kamera 20-megapixel dengan sokongan lensa Sony-G.

Selain daripada Sony, pihak Samsung juga turut menjadualkan sebuah acara khas pada tarikh yang sama, dimana mereka dijangka akan memperlihatkan Galaxy Note 3 pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN