Cari @ Amanz

Iklan Video Facebook?Facebook telah dikatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan pengiklanan video pada NewsFeed. Kini, WSJ turut sama melaporkannya, mengatakan ia akan hadir dalam beberapa bulan lagi.

Daripada apa yang dikatakan, Facebook akan mengenakan caj sekitar $2 juta untuk memperlihatkan iklan video kepada semua pengguna rangkaian sosial berkenaan. Namun, harga berkenaan berbeza mengikut sasaran iklan berkenaan dan sebagainya.

Iklan tersebut dikatakan akan dihadkan kepada selama 15 saat (adakah kebetulan sama dengan had Instagram Video?). Menurut WSJ, beberapa jenama terkemuka dikatakan telah pun komited dalam membeli iklan video untuk Facebook ketka pelancarannya kelak.

Pada hari ini, boleh dikatakan Facebook digunakan dengan meluas, dimana mereka mempunyai lebih daripada 1.15 bilion pengguna aktif setiap bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd