Carian
Asus Tidak Lagi Akan Hadir Dengan Produk Windows RT
August 9, 2013 Aman

Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, hari ini ia dikatakan syarikat pengeluar komputer dari Taiwan – Asus tidak lagi akan hadir dengan tablet Windows RT.

Menurut pihak Asus, mereka hanya akan mengeluarkan peranti Windows 8 dengan cip pemprosesan Intel, sekaligus membawakan sokongan pelbagai perisian dan aplikasi melaluinya.

Selain Asus, beberapa pengeluar lain juga seperti tidak ingin mengeluarkan peranti berasaskan Windows RT, memandangkan ia dilihat kurang berjaya dan menarik pengguna.

Komen