Tablet Nexus 10 Tahun Ini Dilaporkan Akan Dibangunkan Oleh Asus

Tablet Nexus 10 Tahun Ini Dilaporkan Akan Dibangunkan Oleh Asus

Diterbitkan pada Ogos 9, 2013 oleh .

Tablet Nexus 10 pada tahun lepas telah dikeluarkan oleh pihak Samsung, dan sementara ramai yang menantikan kemaskininya untuk tahun ini, beberapa laporan awal mengatakan ia akan dibangunkan oleh pihak Asus.

Samsung Nexus 10

Maklumat seperti spesifikasi, rekabentuk dan sebagainya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, seperti pada namanya, kita dapat lihat ia akan membawakan skrin bersaiz 10-inci bersama-sama dengannya.

Sekiranya perkara ini benar, dan akan dibangunkan oleh pihak Asus, mungkin kita akan dapat melihat peningkatan kualiti seperti mana diperkenalkan pada Nexus 7 baru ini.

Dan semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah adakah pihak Asus mampu hadir dengan tablet Nexus 10 pada harga yang rendah berbanding Samsung sebelum ini.


TIPS & ULASAN