Motorola Dilaporkan Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Nexus Baru

Motorola Dilaporkan Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Nexus Baru

Diterbitkan pada Ogos 10, 2013 oleh .

Motorola MobilitySelain daripada Asus yang dikatakan akan hadir dengan tablet Nexus 10 untuk tahun ini, desas-desus baru juga mengatakan kemungkinan pihak Motorola akan hadir dengan telefon pintar Nexus untuk tahun ini.

Ia dikatakan akan disasarkan untuk pelancaran pada suku ke-4 tahun ini, dan akan membawakan peranti yang serba baru berbeza dengan Moto X yang diumumkan baru-baru ini.

Sekiranya ia benar, maka semestinya perkara ini akan menjadikan ramai yang tertanya-tanya sama ada ia akan dipasarkan secara meluas ataupun tidak, memandangkan pemasaran pihak Motorola tidak meliputi seluruh dunia seperti beberapa pengeluar Nexus sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan dengan telefon pintar Motorola untuk tahun ini.


TIPS & ULASAN