Asus Bakal Hadir Dengan Padfone Mini Dan MeMOFone Bersaiz 5-inci

Asus Bakal Hadir Dengan Padfone Mini Dan MeMOFone Bersaiz 5-inci

Diterbitkan pada Ogos 10, 2013 oleh .

Asus sedia hadir dengan beberapa peranti dengan rekabentuk yang menarik dan berciri hibrid. Terkini, melalui salah satu slaid yang diperlihatkan, ia menunjukkan pengeluar dari Taiwan tersebut kelak akan hadir dengan beberapa peranti baru tidak lama lagi.

Asus Roadmap

Antara yang menarik perhatian adalah Asus Padfone Mini dan juga MeMOFone HD 5. Untuk makluman, Asus sedia menawarkan Padfone yang membawakan gabungan dua peranti – telefon dan juga tablet. Melalui nama “Mini” mungkin kita boleh mensasarkan saiz tablet yang sedikit kecil, mungkin sekitar 7-inci seperti kebanyakkan tablet yang lain.

Selain daripada itu, MeMOFone HD 5 pula kelihatan berkemungkinan adalah salah satu peranti bersaiz 5-inci daripada mereka. Apakah ciri-ciri khasnya masih tidak diketahui buat masa ini.

Ia juga tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan kepada umum.


TIPS & ULASAN