Pirate Bay Hadir Dengan Pelayar Web Untuk Windows – Pirate Browser

Diterbitkan pada Ogos 10, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pirate BrowserKebanyakkan pengguna internet mungkin sedia mengenali akan laman BitTorrent terkemuka – Pirate Bay. Kini, pembangunnya hadir dengan sebuah pelayar web khas baru dinamakan sebagai Pirate Browser.

Pelayar web Pirate Browser ini dilancarkan bersempena dengan ulang-tahun ke-10 untuk Pirate Bay. Menurut mereka, versi Mac dan juga Linux turut akan hadir tidak lama lagi.

Pirate Browser, seperti pada namanya menawarkan pelayar web yang mana mengatasi pelbagai halangan yang dibuat oleh penyedia perkhidmatan internet (ISP) di beberapa buah negara. Pelayar web ini berasaskan kepada Firefox 23, selain turut didatangkan dengan beberapa tetapan proxy khas bersama-sama dengannya. Ia turut didatangkan dengan sebuah klien Tor terbina bersama-sama dengannya.

Bagi para pengguna Windows yang berminat, anda boleh memuat-turun pelayar web Pirate Browser ini secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam melayari web anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami