NVIDIA Dilaporkan Sedang Membangunkan Tablet Tersendiri – Tegra Tab

NVIDIA Dilaporkan Sedang Membangunkan Tablet Tersendiri – Tegra Tab

Diterbitkan pada Ogos 10, 2013 oleh .

NVIDIA sedia membangunkan peranti berasaskan Android mereka tersendiri, iaitu Project Shield. Kini, mengikut beberapa laporan awal, ia dikatakan pihak NVIDIA juga turut sama sedang membangunkan tablet mereka yang tersendiri, dinamakan sebagai Tegra Tab.

tegra-tab

Seperti pada namanya, tablet terbaru daripada pihak NVIDIA ini akan menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan mereka – Tegra 4.

Tegra Tab ini dilihat membawakan kerangka belakang yang menyerupai Nexus 7 (2012), selain mana kelihatan ia turut membawakan stylus bersama-sama dengannya, selain kamera belakang dan juga port mikro-HDMI.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan hadir ke pasaran global.


TIPS & ULASAN